26.10.13

Mengungkap Hakikat Ikhlas

 
1.0 Kedudukan Ikhlas di dalam ibadah/amal:

Ikhlas merupakan syarat batin (hati) yang paling utama bagi setiap ibadah.

Firman Allah :
وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, [Al-Bayyinah: 5]

Ikhlas adalah pemisah di antara qabul dan tertolaknya amal.
Ini bermakna sekalian amal yang tiada ikhlas bersertanya, akan menjadi sia-sia dan tertolak...!

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. [Abu Daud dan An-Nasa'i]


Hakikat Ikhlas adalah Tauhid:
Berdasarkan keterangan2 Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia2 Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid. Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi. Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya. Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah!



2.0 Pembahagian Tingkatan "Ikhlas" orang beriman :
Para Ulama Arifin, membahagikan ikhlas kepada beberapa peringkat seperti :

1. Ikhlas orang awam
2. Ikhlas orang abrar
3. Ikhlas orang Arif

Sebahagian lainnya memberikan perincian lebih halus dengan pembahagian berikut:

1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan
2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan
3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan

Kita akan cuba memahami satu persatu 3 Tingkatan di atas,. Insya Allah.



3.0 Tiga tingakatan Ikhlas orang awam.

Tingakatan Pertama :
Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata2 kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan2 syurga berupa bidadari, mahligai indah2, segala macam makanan enak dan hiburan syurga.


Tingkatan ke 2 :
Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita2 di dalam hatinya (tiada menunut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat dirinya melakukan amal ibadah (melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah).


Tingkatan ke 3:
Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas.


Inilah 3 tingkatan ikhlas orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. Tingkatan yang ke 3 lebih baik daripada tingkatan ke 2 dan tingkatan pertama.

Pada sisi Fiqh, ketiga2 bentuk " ikhlas" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf) Namun apabila di renungi pada sisi Tasawwuf /Ma'rifat, bentuk2 ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada 'mempersekutukan' Allah. Ini kerana menuntut selain wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk 'penyekutuan' kepada Ketuhanan.

Seseorang yang melakukan sekalian syarat2 dan rukun menurut Fiqh dengan sempurna, maka sah ibadahnya pada sisi Fiqh kerana Fiqh hanya melihat pada zahir perbuatan hamba. Ia tidak melihat unsur2 dalam hati/jiwa hamba. Ia tidak membicarakan HAL hati, bagaimana sifatnya, bagaimana hadapnya, bagaimana tuntutannya.

Tetapi Tasawwuf melihat pada sisi hati insan. Bagaimana HAL nya. Tasawwuf/Ma'rifat melihat jauh ke dalam hati sanubari insan dan melakukan pemeriksaan teliti akan niat yang sebenar dengan kehalusan. Ini kerana hati insan sendiri menjadi rahsia Ketuhanan yang akan menjadi perhitungan di akhirat.



يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Pada hari yang tiada berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera(daripada syirik)
[Asy-syuara : 88,89]


Jika anda bertanya bukan kah Allah Ta'ala menceritakan berbagai ni'mat syurga di dalam Al-Qur'an? Bukankah Hadith Nabi juga menceritakannya?

Benar!

Semua kejadian selepas kematian di kisahkan di dalam Al-Qur'an dan Hadith Nabi. Kesenangan yang akan di perolehi oleh orang2 beriman berupa syurga juga di ceritakan di dalamnya. Tetapi ianya tidak bermaksud seseorang perlu menuntut2 atau mencari2 segala kesenangan tersebut. Atau dia menjadikan nya sebagai matlamat sampingan. Apabila ada suatu selain Allah di sisi niat, maka ketika itu cedera lah ikhlasnya.


Jika anda bertanya lagi,
Apa gunanya kisah2 tersebut jika bukan untuk di jadikan impian?

Kita menjawab : Memikirkan dan bercita2 kepada kesenangan syurga ketika melakukan ibadah adalah sebagai dorongan bagi kanak2 yang baru belajar mengenal Islam dan Iman. Atau bagi orang2 yang baru masuk Islam supaya jinak hatinya kepada Islam. Namun ianya tidak patut terus menerus di dalam keadaan tersebut.


WALAU BAGAIMANA pun kita tegaskan kesimpulannya:
Tidak salah (pada sisi Fiqh) seseorang mempunyai cita-cita kepada syurga Allah Ta'ala. Tetapi perlu lah di didik hati supaya meninggalkan sekalian cita2 tersebut, berpaling dari nya dan tumpukan niat semata2 bi Wajhillah. (semata2 kerana Wajah Allah)


Tiga Tingkatan Ikhlas Salikin

Salikin adalah orang2 yang menelurusi jalan Ma'rifat Ketuhanan menurut adab dan syarat2nya di bawah bimbingan seorang Shaikh /Mursyid yang telah menerima ijazah dari Gurunya yang mempunyai Silsilah Nabi (susur galur penerimaan Ilmu dari guru kepada guru tanpa putus)

Si salik (murid yang berjalan di jalan Ma'rifat Ketuhanan) di bimbing melalui beberapa peringkat zikir, muraqabah (merenung Hakikat Ketuhanan) dan mushahadah (melihat Hakikat Ketuhanan) berperingkat-peringkat sehingga datang pembukaan Allah Ta'ala ke dalam hati mereka kepada pintu2 Ma'rifat ( di baca pintu2 Tauhid)

Pada peringkat Tauhid ini, si salik tidak lagi bergantung kepada hujjah dan dalil kerana dia sudah melihat kepada Ketuhanan di dalam batinnya. Mereka semata2 memandang kepada Hakikat Af'al Allah, Asma'Nya dan Sifat Nya yang Maha Tinggi tanpa kaifiyyat (cara) dan tanpa sandaran!

Apa yang kita maksudkan adalah : Allah Ta'ala memasukkan cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) ke dalam hati2 mereka sehingga mereka mentauhidkan Allah dengan jiwa raga mereka. Dengan Rahmat Allah, mata hati mereka melihat sekalian yang di jadikan oleh Allah, Asma (Nama2Nya) dan SifatNya Yang Maha Agung. Bukan semata2 percaya wujudNya, tetapi Yaqin akan WujudNya melalui ainul basirah (pandangan matahati)

Si salik yang sampai kepada Tingkatan Af'al Allah melihat sekalian perbuatan Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluk ciptaanNya. Dia melihat dengan ainul basirah (matahati) nya setiap ibadah nya sebagai Kurnia Allah Ta'ala dan semata2 Kurnia Nya tanpa sekutu dengan suatu apa pun.

Ketika dia mengankat takbiratul ihram untuk solat, dia melihat Anugerah Allah kepada untuk melakukan solat! Ketika dia ruku, dia melihat anugerah Allah kepada nya untuk ruku' kepada Allah. Ketika sujud dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk sujud di hadapan Rabbul Jalil, Tuhan Yang Maha Perkasa Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia! Kehebatan dan Keperkasaan Allah mengusai si salik ini sehingga dirinya karam di dalam kehebatan tersebut

Kata Guru2 kita Ahli Ma'rifat, inilah Tingkatan ikhlas permulaan bagi salikin, iaitu ikhlas pada peringkat mentauhidkan sekalian Af'al Allah. Pada peringkat ini suci lah hatinya daripada sekalian aghyar (selain Allah), bersih hatinya daripada sifat2 keji, dan bebas daripada syirik khafi

Ketika hamba Allah melihat dirinya tiada daya upaya melakukan sesuatu melainkan Allah dengan KemurahanNya, dan tiada lagi cita2 lain selain Allah ketika melakukan Ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar, tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya!

Sebagai suatu perbandingan.....
Jika anda melihat sebelum ini, orang2 pada tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan ALlah di dalam niatnya, samada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya mempunyai daya upaya. Di sini, pada diri orang yang telah di sucikan hatinya sehingga terbit Tauhid yang benar, tiada lagi cita2 selain Allah, tiada lagi melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya Allah Yang Berkuasa di atas setiap sesuatu. Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan dengan Anugerah Allah. Ini maqam permulaan kesucian hati, kesucian Tauhid dan kemurnian niat yang ikhlas!


Pada saat anda di kurniakan oleh Allah cahaya Tauhid yang murni di dalam hati, anda tidak lagi memandang wujud upaya diri anda untuk melakukan ibadah. Anda lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan Ibadah. Seluruh jiwa dan perasaan anda karam di dalam melihat anugerah Allah kepada anda untuk melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul irham, ruku' dan sujud!

Lalu anda berkata : Tiadak ada daya upaya melainkan Allah!

Apabila suasana kesucian ini menyelubungi hati, anda akan merasai ketenangan di dalam ibadah. Suatu ketetangan yang tidak anda merasai sebelumnya.

Maka inilah permulaan ikhlas, tiada lagi penyekutuan di dalam niat mengerjakan amal ibadah....!

Tiga Tingkatan ikhlas para salikin yang kita maksudkan adalah :

1. Ikhlas ketika Cahaya Af'al Allah menguasai si salik
2. Ikhlas ketika Cahaya Asma' Allah menguasai si salik
3. Ikhlas ketika Cahaya Sifat Allah menguasai si salik

Keadaan ikhlas si salik berubah2 dari satu tingkatan ke tingkatan yang lebih tinggi. Ada kalanya dia akan turun, masa yang lain dia akan naik kepada peringkat ikhlas lebih tinggi, bergantung kepada keadaan amal dan kesungguhannya di dalam mujahadah !

Kita tidak membincangkan tingkatan2 ikhlas muridin ini satu persatu di forum terbuka. Memadai lah kita katakan, semua tingkatan ikhlas ini adalah pemerasaan jiwa dan pandangan mata hati, bukan lagi pemikiran aqal.

Ini lah sebenarnya yang di tuntut ke atas setiap mukallaf, iaitu membebaskan dirinya daripada belenggu mempersekutukan Allah di dalam niatnya, tidak menuntut selain Wajah Allah dan benar2 mentauhidkan Allah Ta'ala. Maka menepati dia akan tuntutan Allah....


وَمَآ أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,

Dari Tafsri Ibn Abbas.....
Kalam Allah "mukhlisin" (ikhlas) di tafsirkan oleh Ibn Abbas dengan makna " Tauhid" yang murni...!

Di sini Ibn Abbas telah menunjukkan bahawa yang di maksudkan dengan "ikhlas" dan yang di tuntut oleh Allah adalah panacaran Cahaya "Tauhid" yang hadir di dalam hati hamba2 Allah yang suci bersih hatinya!

Maka menepatilah huraian hakikat Ikhlas sepertimana yang di selami dan kemukakan oleh para Ulama Arifin dengan Tafsiran Ibn Abbas...!


Jemputan Artikel : http://sejuta-muslim.blogspot.com/2013/04/memahami-hakikat-ikhlas.html

1 komentar :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Google+ Followers

Mengenai Saya

Foto Saya

Kami Adalah Manusia Yang di Lahirkan Dalam Keadaan islam Dan mengharaf Ridha allah dan Syafa'at Rasulullah Saw, Di matikan Dalam Keadaan ISLAM, IMAN,DAN IHSAN.