10.2.14

Wasiat Habib Umar Tentang Menuntut ILMU

1. Pentingnya memilih dan menentukan sumber rujukan kita dalam mengambil Ilmu dan Kefahaman Islam.
Abdullah Ibnu Mubarak RadhiyaAllahu Taala Anhu menyebutkan:
"Ilmu ini(Ilmu Syarak) ini adalah Agama kamu,maka perhatikanlah(nilailah) dari siapa kamu mengambil Agama&Ilmu kamu tersebut"



Disinilah letaknya kelebihan Institusi Al-Azhar dan Para Ulamaknya. Merekalah golongan yang menjaga dan memelihara ketulenan kefahaman Islam dari Zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah ke hari ini,tidak terputus silsilahnya,bersambung dengan Baginda Rasulullah S.A.W.


Sekiranya ditanya tentang guru mereka,mereka boleh menyatakan satu persatu nama dari mana mereka mengambil ilmu tersebut,dan seterusnya bersambung sehingga lah kepada Baginda Rasulullah S.A.W.

Keistimewaan Silislilah ini,bukan semata-semata silsilah,akan tetapi lebih dari itu,ianya adalah warisan dan mata rantai yang menghubungkan antara kita semua dengan Rasulullah S.A.W. Mata rantai yang menghubungkan ILMU,KEFAHAMAN,AKHLAK dan JIWA seorang Muslim sebagaimana yang di ajar dan dikehendaki oleh Baginda S.A.W.

Sekiranya dilihat kepada aliran-aliran lain yang menisbahkan diri mereka kepada Keilmuan dan dan Kefahaman Islam,kita akan dapat melihat terputusnya silsilah ini. Ini disebabkan oleh tidak caknanya mereka terhadap disipilin keILMUan Islam yang meletakkan mestinya BERGURU dan BELAJAR dari ahlinya.

Aliran-aliran ini,sekiranya diminta untuk membentangkan dari mana mereka mengambil agama ini,pastilah kita boleh melihat tiadanya silsilah yang menghubungkan mereka dengan Rasulullah S.A.W,walaupun mereka gemar mendakwa merekalah yang berpegang kepada Sunnah Baginda S.A.W.

Para Ulamak Menyebutkan : Isnad itu adalah sebahagian dari Agama ini,kalaulah tidak kerana Sanad(Silsilah yang menghubungkan pembawa berita dari sumber aslinya) pastilah semua orang akan bercakap dan mendakwa apa sahaja mengikut sesuka hati mereka.

[Akibat mengabaikan berguru dari ahlinya inilah,bermulanya era kewujudan mereka-mereka yang membawa kefahaman Islam yang jauh tersasar dari yang sepatutnya. Kita boleh melihat mereka tegas tidak bertempat,cenderung kepada perbalahan dan perselisihan,menghukum orang lain dengan kufur bida'ah dan sebagainya]

2. Pentingnya Berguru (Belajar dari Ahli) dan hadir ke dalam Majlis Bersama para Ulamak dan Solehin

[Bertitik tolak dari soal sandaran sumber kefahaman dan ilmu(sanad) tadi,jelas ternyata pentingnya untuk kita mempelajari Ilmu agama ini melalui berguru,bertanya,berbincang dan mengikuti pengajian dengan para Ulamak yang ahli]

Habib Umar Hafizahullah menyebutkan,keberkatan hadir dalam majlis para Ulamak dan Solehin ini,akan dapat kita rasakan walaupun sebelum guru kita itu memulakan percakapannya. Akhlaknya,wajahnya,ketenangan jiwanya sudah cukup untuk memancarkan sinar Ajaran Islam dan Panduan Rasulullah S.A.W ke dalam jiwa kita.

Beliau juga menambah,para penuntut ilmu sepatutnya mengambil peluang untuk datang berguru dan bersama dengan para Ulamak Al-Azhar,kerana mereka memiliki kelebihan itu,kelebihan dari sudut Keahlian(kepakaran),keSolehan dan Taqwa mereka.

Beliau juga mengingatkan kita betapa beruntungnya kita,kerana terpilih untuk mendapat nikmat hadir ke majlis Ilmu,sedangkan di luar sana ramai yang lalai dengan keseronokan dan kenikmatan dunia,tetapi kita,Alhamdulillah Allah memilih kita untuk datang mendapatkan kenikmatan dan keseronokan yang lebih kekal.

3. Pesanan Khusus buat Penuntut Ilmu

Penuntut Ilmu perlulah menjaga kebersihan Zahir(Luaran) dan Batin(Hati) ketika menuntut Ilmu.
Antaranya,Jagalah wuduk ketika hadir ke kelas-kelas pengajian.
Begitulah juga,kita mesti menjaga kebersihan Hati dari Maksiat dan Sifat-Sifat Mazmumah,supaya Ilmu dapat masuk ke dalam Jiwa kita.

Hadir ke kelas,belajar dari guru sememang adalah syarat asasi kepada proses untuk mendapatkan Ilmu. Akan tetapi,antara yang akan membuatkan Ruh Ilmu masuk kedalam jiwa,Kefahaman yang sebenar dikurniakan oleh Allah kepada kita ialah:

Bangun di tengah malam,memohon dengan penuh rasa pengharapan dan hina diri terhadap Allah supaya diberikan dan dikurniakan Ilmu dan Kefahaman sebenar dariNya.

Proses "Zahir"[Hadir ke kelas,mengulangkaji dan lain-lain] untuk mendapatkan ilmu itu mampu dilakukan oleh siapa sahaja,Fasiq atau Soleh.Akan tetapi,Ruh Ilmu dan Kefahaman yang sebenar hanya akan diberikan oleh Allah kepada hati-hati yang Tawadhuk dan tunduk menghinakan diri di hadapan Allah,antaranya dengan bangun bermunajat di tengah malam memohon kurnia dariNYA.

[Jadi,proses untuk mendapatkan ilmu itu bukanlah semata-mata dengan usaha Zahir **yang semestinya tidak boleh diabaikan** seperti hadir ke kelas,membaca,mengulangkaji dan lain-lain,akan tetapi mestilah juga dengan persiapan Hati dan Jiwa seperti Tawadhuk,rendah diri,menggantung pengharapan kepada Allah,amal soleh,dan menjauhi maksiat]







Read more at http://secebiskatakita.blogspot.com/2013/04/manhaj-menuntut-ilmu-dari-sang-pencerah.html#suDIqjzUYmBVJe3H.99

Tidak ada komentar :

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Google+ Followers

Mengenai Saya

Foto Saya

Kami Adalah Manusia Yang di Lahirkan Dalam Keadaan islam Dan mengharaf Ridha allah dan Syafa'at Rasulullah Saw, Di matikan Dalam Keadaan ISLAM, IMAN,DAN IHSAN.